Kelas Asas Microsoft Excel
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018 yang lalu, PI RPR Permyjaya telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel untuk kategori dewasa dan pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta sepanjang 3 jam kelas itu berlangsung. Sebelum sesi kelas bermula, perkongsian Klik Dengan Bijak dan Advokasi dibuat melalui tayangan video.
Antara pengisian aktiviti ialah asas ICT, PC Hardware dan pengenalan Microsoft Excel. Para peserta diberi pendedahan mengenai asas Microsoft Excel dan fungsi-fungsi nya. Para peserta juga membina jadual sebagai Assignment pertama mereka untuk menguasai formula didalam Microsoft Excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: