Kelas Roti dan Kek Bajet
20 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 19 Ogos 2018, PI RPR Permyjaya telah berkolaborasi dengan pakar membuat kek dan roti iaitu Cikgu Zaida untuk mengadakan kelas roti dan kek bajet. Bengkel ini dihadiri 8 orang peserta. Sebelum sesi kelas bermula, perkongsian Klik Dengan Bijak dan Advokasi dibuat melalui tayangan video.
Antara pengisian aktiviti pada sebelah pagi ialah cara-cara menghasilkan roti yang lembut. Pada sebelah petang pula, sesi menghasilkan kek yang enak dan sedap dengan resipi yang terbaik daripada cikgu Zaida.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: