Advokasi Check Your Label & E-Waste

31 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 30 Disember 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama Pusat Internet Kampung Lambir telah menyertai Open Day Masjid Darul Hana bertempat di Kampung Lambir. Selaku Pusat Internet, kami juga berkesempatan untuk melakukan program advokasi Check Your Label dan E-waste kepada peserta yang terlibat. Program ini telah disertai seramai 12 orang penduduk setempat berumur dalam lingkungan 11-15 tahun.

Tujuan advokasi ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan Check Your Label dan e-waste serta fungsi nya kepada masyarakat. Melalui advokasi Check Your Label, peserta menjadi lebih peka terhadap peralatan komunikasi yang mereka guna. Penggunaan peralatan komunikasi yang asli sangat perlu untuk keselamatan pengguna. Setiap peralatan komunikasi yang ada hendaklah mempunyai label MCMC yang sah. Label ini boleh diperiksa di tetapan (setting) peralatan komunikasi masing-masing atau dengan cara memuat turun satu aplikasi Check Your Label dan memasukkan number IMEI peralatann komunikasi tersebut.

Selain itu, pelatih juga menerangkan tentang e-waste dimana masyarakat perlu tahu bahawa mereka mempunyai satu platform untuk kitar semula alatan elektronik yang tidak digunakan. Peralatan komunikasi yang rosak atau tidak lagi digunakan harus dihapuskan dengan elok di premis yang terpilih supaya tidak memudaratkan persekitaran. Pelupusan alatan elektronik akan dilakukan di pusat kitar semula dan kemudian menjadi produk baharu.

Kesimpulannya, para peserta yang terdiri daripada kank-kanak berusia 11-15 tahun faham dan peka tentang Check Your Label dan e-waste. Secara tidak langsung, mereka dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka dapati sepanjang program ini dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali