Kursus Pengenalan Portal Produk Sarawak

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 28 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus iaitu Kursus Pengenalan Portal Produk Sarawak. Kursus ini telah disertai oleh ahli-ahli pusat internet yang berumur di dalam lingkungan 18 – 55 tahun.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan untuk menggunakan portal ini sebagai platform untuk mereka mempromosikan produk mereka. Sehubungan itu, para usahawan diperkenalkan dengan e-dagang iaitu segala jenis aktiviti yang melibatkan jual beli barangan di atas talian (online).

Para usahawan juga telah diajar langkah-langkah untuk memuat naik produk mereka ke dalam portal serta langkah-langkah menetapkan proses pembayaran dan proses penghantaran mengikut kesesuaian sejajar dengan kebolehan mereka. Tambahan pula, para usahawan diajar untuk membuat bunting dan logo yang ringkas untuk tujuan mengemaskini laman utama portal produk mereka.

Konklusinya, para usahawan dapat meningkatkan hasil jualan mereka apabila mereka mula mempromosikan produk mereka di atas talian serta dapat mencapai sasaran pasaran yang lebih besar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali