Program Juh Berambeh PI Miri 2018
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) RPR Permyjaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet (PI) Kg. Luak untuk mengadakan program Juh Berambeh PI Miri 2018 yang bertempat di dewan serbaguna dan perkarangan PI Kg. Luak.
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak daripada PERYATIM Miri. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pendaftaran ahli PI secara percuma, cabutan bertuah, ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Miri (AADK) dan Kementerian Kesihatan Miri, pameran Agensi kerajaan dan pendidikan, kelas copywriting, pendaftaran portal eKelas dan pertandingan mencipta logo tshirt. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Sebastian Ting, ADUN N73 Piasau.
Tayangan video Klik dengan bijak dan advokasi e-sisa juga tidak ketinggalan untuk menceriakan lagi suasana. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi, memperkenalkan PI dan mengeratkan silaturrahim antara staf PI dengan komuniti. Selain itu, memberi pendedahan mengenai bahaya dan kesan dadah dan kesedaran mengenai penggunaan internet yang bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: