Kursus Microsoft Word

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kursus Microsoft Word kepada peserta yang terlibat. Kursus ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun.

Kursus Microsoft Word ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Word. Peserta diajar cara untuk menghasilkan dokumen yang baru, menyimpan dokumen dan juga mencetak dokumen. Peserta diajar juga cara bagaimana untuk menyimpan dokumen dalam bentuk PDF. Selain itu, peserta diajar cara asas penggunaan Microsoft Word seperti memasukkan gambar, menukar tulisan, mengedit dokumen dan sebagainya.

 Melalui kursus ini, peserta tahu serba sedikit cara penggunaan Microsoft Word untuk kegunaan harian untuk menghasilkan surat rasmi, resume, memorandum, iklan dan lain-lain. Peserta turut diajar untuk menggunakan shortcut keys bagi memudahkan penghasilan dokumen dengan cara tekan papan kekunci sepeti ctrl + s untuk save atau ctrl + c untuk copy dan sebagainya.

Kesimpulannya, peserta faham akan asas penggunaan Microsoft Word untuk kegunaan peribadi atau lain-lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali