Tayangan Video Keselamatan Jalan Raya

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Keselamatan Jalan Raya bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 2:30 petang sehingga 3:00 petang. Tayangan video ini telah disertai oleh 12 orang peserta berumur dalam lingkungan 8 sehingga 12 tahun.

Tujuan tayangan video Keselamatan Jalan Raya adalah untuk mendidik peserta supaya berhati-hati ketika melintas jalan raya. Pastikan mereka menggunakan laluan zebra dan tunggu sehingga lampu pejalan kaki bertukar hijau. Mereka juga diajar supaya tidak mengejar bas yang telah pun bergerak untuk mengelakkan kemalangan. Selain itu, mereka dinasihati supaya tidak mengeluarkan anggota badan seperti tangan atau kepala dari kenderaan untuk  mengelakkan diri daripada tercedera. Peserta juga diajar untuk menggunakan topi keledar basikal dan memberi signal ketika menggunakan basikal.

Antara kebaikan yang diperoleh dari tayangan video ini ialah peserta berwaspada terhadap keselamatan diri sebagai pengguna jalan raya. Bahaya ada di mana-mana. Oleh itu, mereka harus bertindak dengan bijak dan tidak kelam-kabut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali