Kuiz Kahoot ICT dan Microsoft Word

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kuiz Kahoot ICT dan Microsoft Word bersempena dengan kursus yang telah diadakan iaitu kursus Asas Komputer dan Microsoft Office. Kuiz ni telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun.

Kuiz ini dikendalikan untuk menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang mereka pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Dalam kuiz ICT, peserta diuji sama ada mereka mengenali komponen-komponen komputer dan fungsi nya. Manakala untuk kuiz Microsoft Word, peserta diuji sama ada mereka faham cara asas penggunaan Microsoft Word seperti penggunaan shortcut keys, mengubah saiz tulisan dan sebagainya.

Melalui kuiz ini, ia dapat membantu peserta menjadi lebih faham dengan apa yang mereka pelajari semasa kursus. Di samping menjawab kuiz, pelatih juga sempat menerangkan semula apa yang peserta pelajari.

Kesimpulannya, peserta bersemangat dan aktif menyertai kuiz ini untuk menguji tahap pemahaman masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali