Klik Dengan Bijak – Penipuan Internet

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Penipuan Internet bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Tayangan video ini telah disertai oleh 4 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Tujuan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Penipuan Internet ini ditayangkan adalah untuk mendidik peserta supaya tidak mudah percaya dengan segala tawaran yang mereka lihat sama ada di media sosial ataupun melalui panggilan telefon dan sms. Jika mereka menerima sms atau panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan meragukan, mereka harus bertindak bijak untuk tidak membalas atau mengangkat panggilan telefon tersebut. Peserta juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, nombor kad pengenalan mahupun nombor akaun bank kepada pihak yang mencurigakan.

Antara kebaikan yang diperoleh dari tayangan video ini ialah peserta belajar untuk tidak mempercayai apa yang mereka lihat di internet secara 100% benar. Peserta juga menjadi berwaspada dan berhati-hati ketika berkongsi maklumat peribadi mereka. Mereka tahu untuk klik dengan bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali