Klik Dengan Bijak - Oversharing

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Oversharing bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Tayangan video ini telah disertai oleh 4 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Tujuan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Oversharing ini ditayangkan adalah untuk mendidik peserta supaya berkongsi berpada-pada di media sosial. Jangan membiasakan diri selalu berkongsi secara berlebihan kerana dikhuatiri akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri. Peserta juga diingatkan untuk tidak berkongsi maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali atau tidak dipercayai kerana bimbang ditipu.

Antara kebaikan yang diperoleh dari tayangan video ini ialah peserta dapat menjadi seorang pengguna internet yang berwaspada ketika berkongsi maklumat di media sosial. Mereka juga dapat mencegah bahaya dengan berhati-hati dan belajar berkongsi maklumat secara minimum kepada orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali