Kuiz Kahoot ICT Smart Kiddos

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kuiz Kahoot ICT Smart Kiddos bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Kuiz ini telah disertai oleh 12 orang peserta berumur dalam lingkungan 8 sehingga 12 tahun.

Tujuan kuiz Kahoot ICT ini diadakan adalah untuk mendidik peserta tentang perisian komputer seperti monitor, keyboard, mouse dan lain-lain. . Peserta menjawab 20 soalan asas tentang komputer. Setiap soalan mempunyai masa yang terhad. Justeru, peserta harus berfikir pantas dan memilih jawapan yang betul.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kuiz ini ialah peserta tahu tentang perisian komputer dan dapat membantu mereka supaya menjadi seorang yang celik IT. Sehubungan itu, mereka juga dapat membantu orang lain yang tidak tahu atau kurang faham mengenai komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali