Pertandingan Augmented Reality

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai program Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Lambir yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambir sendiri dari 8 pagi sehingga 5 petang. Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Lambir manakala Pertandingan Augmented Reality ini disertai oleh kanak-kanak bawah 12 tahun.

Augmented Reality ataupun Realiti Tertambah adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan melalui komputer. Hasil janaan komputer ditambah dengan pemandangan dunia sebenar melalui aplikasi telefon mudah alih iaitu Quiver menghasilkan Augmented Reality dimana pengguna dapat melihat objek melalui paparan skrin dan nampak nyata.  

Melalui pertandingan ini, peserta dapat mengasah bakat mewarna dan menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu kerja.  Kesemua peserta diberikan tempoh masa selama 60 minit untuk menyiapkan hasil kerja mereka iaitu mewarna dan menjadi kreatif.

Kesimpulannya, peserta bersemangat untuk menyiapkan kerja mereka dan pada masa yang sama seronok dapat melakukan aktiviti ini secara berkumpulan dan membina semangat berpasukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali