Be Internet Awesome – Reality River

28 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kuiz berasaskan pendidikan di atas talian iaitu Be Internet Awesome – Reality River bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Program ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun. Tujuan kuiz ini dilakukan untuk memupuk kesedaran peserta supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dan muslihat orang yang tidak dikenali. Peserta dinasihatkan bahawa tidak semua yang mereka nampak di alam maya adalah betul.

Justeru, mereka harus menjadi pengguna internet yang bijak dan menapis semua maklumat sebelum mempercayai nya. Kuiz ini mengandungi 10 soalan yang berlainan dan semuanya dalam Bahasa Inggeris. Setiap soalan di beri pilihan jawapan dan peseta dikehendaki menjawab setiap soalan dalam masa 10 saat. Sekiranya jawapan betul, peserta akan mendapat markah dan sekira nya salah, markah peserta akan ditolak.

Di akhir kuiz ini, peserta berasa seronok kerana ada nya kuiz di atas talian seperti Be Internet Awesome. Sebagai pengguna internet dalam kehidupan seharian, mereka tahu bahawa pentingnya untuk meneliti sesuatu berita atau maklumat sebelum mempercayai segalanya. Untuk mengelakkan diri dari ditipu, mereka juga tidak boleh berkongsi maklumat peribadi seperti nombor akaun bank atau pun nombor kad pengenalan kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali