Kuiz Kahoot Kemerdekaan 2019

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 Ogos 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kuiz Kahoot Kemerdekaan 2019 bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Aktiviti ini telah disertai oleh 11 orang peserta berumur dalam lingkungan 9 sehingga 13 tahun.

Tujuan kuiz Kahoot Kemerdekaan 2019 ini diadakan adalah untuk mendidik peserta tentang erti kemerdekaan. Peserta diberikan 15 soalan dan setiap soalan mempunyai masa yang terhad. Kuiz Kahoot Kemerdekaan 2019 mengandungi soalan mudah mengenai kemerdekaan yang melibatkan warna dan lambang yang ada pada bendera Malaysia. Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kuiz Kahoot Kemerdekaan 2019 ini ialah peserta menjadi peka dan tahu apa itu erti kemerdekaan yang sebenar. Mereka juga tahu maksud dan warna-warna yang ada pada bendera Malaysia dan boleh mengaplikasikan ilmu yang mereka ada untuk membantu rakan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali