Video Production Training

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai satu Video Production Training yang dikendalikan oleh Encik Kellvin Kellian, Pengurus Pusat Internet Kampung Lambir, Miri. Program ini telah disertai oleh semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet kluster Miri dan telah diadakan di Pusat Internet Piasau.

Tujuan utama program Video Training Production ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan serta tunjuk ajar kepada semua staff Pusat Internet tentang cara untuk mengedit video menggunakan Sony Vegas Pro. Banyak input yang dipelajari seperti elemen-elemen penting untuk memulakan rakaman dan juga jenis-jenis perakam yang digunakan. Peserta yang terlibat juga diberi peluang untuk merakam video pendek dan mengedit video mereka dalam Sony Vegas Pro dan kemudiannya menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan peserta yang lain.

Di akhir program ini, peserta yang terlibat dapat memahami serba sedikit cara untuk mengedit dan menghasilkan video yang berkualiti. Penghasilan video yang berkualiti memerlukan konsistensi dan praktis yang banyak melalu Sony Vegas Pro atau software video editing yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali