Predator in my Phone

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Predator in my Phone bertempat di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai oleh seorang peserta wanita berusia dalam lingkungan 45 – 55 tahun dari jam 2:00 sehingga 4:00 petang.

Tayangan video Predator in my Phone ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya berkomunikasi dengan seseorang yang tidak kita kenali. Peserta diingatkan bahawa tidak semua orang yang mempunyai telefon bimbit yang menggunakan media sosial seperti Facebook menggunakan identiti mereka sebenar. Kadangkala, ada yang mewujudkan akaun Facebook palsu untuk tujuan menghendap orang lain. Peserta dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengendahkan segala komunikasi.

Melalui tayangan video ini, peserta dapat mengambil pengajaran dan menjadi lebih peka dalam memilih kawan terutamanya kawan-kawan di media sosial. Peserta harus bijak memilih kawan yang dikenali sahaja untuk mengelakkan diri dari pelbagai masalah internet yang semakin berleluasa pada masa kini termasuklah online scam seperti romance/love scam. Kesimpulannya, peserta sedar kepentingan menjadi pengguna internet yang bijak supaya dapat mengelakkan diri dari segala masalah yang tidak sihat. Klik dengan bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali