Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Peeking

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 09 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu peeking. Tayangan video ini telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dan telah diadakan di Pusat Internet RPR Permyjaya. Tujuan utama tayangan video peeking ini ditayangkan adalah untuk mengingatkan peserta supaya melindungi maklumat peribadi kepada diri sendiri sahaja. Peserta diingatkan supaya tidak sesekali berkongsi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan ataupun nombor akaun bank kepada sesiapa yang mereka kenali di atas talian.

Selain itu, peserta juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika melayari internet dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Melalui tayangan video peeking ini, peserta dapat mengambil iktibar dan menjadikan ia sebagai pengajaran supaya menyimpan maklumat peribadi yang penting kepada diri sendiri atau sumber yang dipercayai sahaja. Sekiranya maklumat peribadi mereka terlepas ke tangan orang lain, mereka harus mengambil tindakan secepat mungkin dengan membuat laporan polis. Kesimpulannya, peserta faham akan mesej yang disampaikan di sebalik video peeking ini. Justeru, untuk tujuan keselamatan diri, peserta dinasihatkam supaya berhati-hati dan jadilah pengguna internet yang bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali