Hari Terbuka Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya 2019

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Mei 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya 2019 dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang bertempat di Pusat Internet sendiri. Hari Terbuka ini telah disertai oleh 60 orang komuniti setempat dan juga PERYATIM Miri. Tujuan Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti penggunaan komputer untuk melayari internet dan servis yang lain seperti fotokopi dan mencetak.

Selain itu, tujuan yang lain adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat. Di samping itu, staf Pusat Internet juga berkesempatan untuk memberi pendedahan Klik Dengan Bijak dan advokasi dengan menayangkan beberapa video Klik Dengan Bijak supaya komuniti sedar untuk klik dengan bijak ketika melayari internet.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Hari Terbuka adalah pengenalan Pusat Internet, taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak, pertandingan poster canva, program Augmented Reality, Typing Challenge dan Kuiz KDB Challenge serta cabutan bertuah. Di akhir Hari Terbuka ini, staf Pusat Internet berjaya memperkenalkan fungsi Pusat Internet kepada orang ramai dan menambah bilangan ahli Pusat Internet. Tambahan pula, staf Pusat Internet dapat menyalurkan dan berkongsi maklumat terkini melalu taklimat Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali