Open Day PI Bekenu

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 17 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai Open Day Pusat Internet Bekenu 2019 bertempat di Pusat Internet Bekenu dari jam 8:00 pagi sehingga 1:00 petang. Open Day ini telah disertai seramai 68 orang komuniti setempat. Tujuan Open Day Pusat Internet Bekenu 2019 ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet Bekenu kepada masyarakat setempat serta memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Internet dalam komuniti.

Melalui Open Day Pusat Internet Bekenu 2019, Pusat Internet Bekenu dapat menambah bilangan ahli dan dapat membantu komuniti menggunakan kemudahan PI semudahnya apabila pendedahan terhadap ICT dan keusahawanan diberikan. Kesimpulannya, komuniti yang terlibat semasa Open Day PI Bekenu peka akan kewujudan Pusat Internet serta fungsi nya kepada komuniti. Mereka dapat menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk mengakses internet dan belajar serta menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan seperti servis fotokopi, mencetak, laminate dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali