Asas Komputer & Microsoft Word

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan kelas asas komputer dan Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun. Tujuan kelas asas komputer ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia tentang komponen-komponen asas komputer sekiranya mereka ingin memiliki komputer riba untuk tujuan peribadi di masa hadapan.

Justeru, dalam pemilihan mereka, mereka harus tahu serba sedikit mengenai komponen komputer seperti motherboard, RAM, power supply, processor dan lain-lain. Setiap komponen memainkan peranan masing-masing untuk memastikan komputer berfungsi dengan baik dan sempurna. Selepas kelas asas komputer, golongan belia ini juga diajar cara-cara untuk menggunakan Microsoft Word.

Tujuan penggunaan Microsoft Word adalah selalunya untuk tujuan menghasilkan dokumen dalam keadaan yang kemas seperti resume, surat rasmi, memorandum dan sebagainya. Mereka telah diajar cara-cara asas seperti cara untuk menghasilkan dokumen, menyimpan dokumen dan mencetak dokumen. Kesimpulannya, di akhir kelas ini, golongan belia mengetahui komponen asas komputer dan cara menggunakan Microsoft Word dalam kehidupan seharian mereka. Secara langsung atau tidak langsung, mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari untuk kegunaan sendiri dan orang sekeliling.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali