Kelas Asahan Skil Microsoft Powerpoint

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asahan skil Microsoft Powerpoint yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh seramai 8 orang peserta berusia dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun. Tujuan kelas asahan skil Microsoft Powerpoint ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Powerpoint untuk mencipta slide.

Peserta diajar cara untuk mencipta slide baharu, mencetak slide, menyimpan slide dan sebagainya. Peserta juga diajar cara untuk menggunakan animations dan transitions dalam setiap slide mereka supaya pembentangan slide menjadi lebih hidup dan menarik. Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kelas ini ialah peserta tahu lebih dalam tentang cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi dari kelas ini untuk membuat slide pembentangan kelas, projek dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali