Kuiz Kahoot Asas Komputer & Microsoft Word

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas komputer dan Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun. Tujuan kuiz kahoot ini diadakan adalah untuk menguji tahap kefahaman peserta yang terlibat dalam kelas Asas Komputer dan Microsoft Word. Kuiz ini dilakukan di atas talian dan mempunyai 10 soalan yang berkaitan dengan asas komputer dan Microsoft Word.

Setiap peserta diberikan masa selama 10 saat untuk memilih jawapan mereka. Peserta yang terlibat beria-ria memilih jawapan dan pada masa yang sama berseronok dengan aplikasi kahoot yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Perbincangan diadakan setelah peserta berjaya menjawab setiap soalan untuk memastikan bahawa mereka benar-benar faham tentang asas komputer dan Microsoft Word. Peserta bersemangat dan dapat menambah ilmu apabila semua ingin menyertai perbincangan. Kesimpulannya, Kuiz Kahoot dapat menarik minat peserta untuk melakukan aktiviti sampingan dan dapat menguji tahap pemahaman mereka tentang komponen-komponen komputer dan juga cara asas menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali