Pertandingan Kahoot ICT

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu pertandingan Kahoot ICT telah diadakan untuk orang dewasa.

Tujuan pertandingan Kahoot ICT ialah untuk menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah mereka pelajari dan apa yang mereka faham melalui ceramah ICT yang disampaikan. Semua peserta terlibat mengikuti typing test, ICT word search dan juga kahoot ICT yang melibatkan penggunaan komputer dan kelajuan serta kecekapan individu masing-masing. Antara kebaikan yang diperoleh melalui pertandingan Kahoot ICT ialah peserta dapat mengimbas kembali apa yang mereka pelajari disamping menguji tahap pemahaman mereka sendiri terhadap penggunaan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali