Kahoot ICT

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu Kuiz Kahoot ICT bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 4 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun. Tujuan kuiz kahoot ICT ini dilakukan adalah untuk menguji pemahaman peserta terhadap apa yang mereka pelajari sepanjang kursus ini.

Peserta diberikan soalan asas tentang pengenalan komputer dan juga Microsoft Office. Setiap soalan mempunyai masa yang telah ditetapkan. Selain dari menguji pemahaman peserta, tujuan lain kuiz kahoot ini diadakan adalah untuk melihat ketangkasan peserta menggunakan komputer. Kesimpulannya, antara kebaikan yang peserta perolehi selepas mengikuti kursus ini ialah mereka mempunyai pengetahuan mengenai komponen asas komputer dan Microsoft Office. Peserta juga dapat mengendalikan komputer dengan baik tanpa bantuan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali