Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Info Tular

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Info Tular. Tayangan video ini telah disertai oleh dua orang peserta yang berumur 18 tahun dan telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tujuan utama tayangan video Klik Dengan Bijak – Info Tular ini adalah untuk memberitahu peserta bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak memantau mesej yang kita muat naik di Facebook mahupun Whatsapp.

Video ini menyatakan bahawa info yang tular ini ialah palsu dan hanya untuk menakutkan semua pihak. Walau bagaimanapun, peserta dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak benar kerana ianya salah di sisi undang-undang. Justeru, peserta diingatkan lagi sekali sekiranya mereka tidak pasti berita itu sahih atau palsu, mereka dapat menyemak di website sebenarnya.my terlebih dahulu. Peserta juga disarankan agar tidak berkongsi maklumat sekiranya tidak pasti kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Kesimpulannya, peserta faham mesej yang ingin disampaikan di sebalik video Info Tular. Sebagai pengguna internet yang bijak, peserta perlu lebih peka dan berwaspada!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali