KDB Talk at SMK Taman Tunku

15 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 14 Oktober 2019, staf Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan staf Pusat Internet Kampung Lambir, Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Peliau-Bungai telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi Program Klik dengan Bijak di SMK Taman Tunku. Program ini telah disertai oleh seramai 86 orang peserta berusia dalam lingkungan 15 tahun.

Tujuan program Klik dengan Bijak ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Justeru, peserta harus bijak menggunakan internet untuk menangani dan mengelakkan dari gejala jenayah seperti scam, buli siber, oversharing dan sebagainya.

Staf Pusat Internet juga turut berkongsi beberapa tips keselamatan ketika menggunakan internet seperti laman web mempunyai tanda kunci dan https. Antara kebaikan yang peserta perolehi dari program ini ialah mereka lebih peka akan keselamatan penggunaan internet. Mereka juga tahu untuk membuat laporan kepada jabatan atau pihak berkuasa yang betul sekiranya mereka menjadi mangsa scam atau buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali