Advokasi dan Tayangan Klik Dengan Bijak

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai program Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Lambir yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambir sendiri dari 8 pagi sehingga 5 petang. Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Lambir yang berusia antara 12 hingga 55 tahun. Pelatih iaitu Puan Hettis telah menerangkan kepada komuniti bahawa pentingnya untuk berhati-hati ketika kita melayari internet. Video tayangan Klik Dengan Bijak iaitu Penipuan Internet dipaparkan supaya peserta faham bahawa tidak semua yang mereka terima di internet atau di telefon semua nya benar. Peserta harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak mudah tertipu dan klik dengan bijak.

Selain itu, pelatih juga turut memaparkan video mengenai perkongsian maklumat palsu yang membawa keburukan. Peserta harus tahu bahawa sekiranya mereka tidak pasti akan sesuatu maklumat, mereka tidak harus berkongsi maklumat tersebut semata-mata untuk mendapat perhatian atau ‘likes’ yang banyak. Perkongsian maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang dan boleh disabit kesalahan sekiranya tertangkap. Kesimpulannya, kesemua peserta jelas akan mesej yang disampaikan oleh pelatih iaitu ketika melayari internet, jadilah pengguna yang bijak. Berwaspadalah sebelum terkena.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali