Pengenalan Pusat Internet

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer diselitkan dengan pengenalan pusat internet Malaysia kepada peserta yang terlibat. Kursus ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun. Tujuan utama pengenalan kepada pusat internet dilakukan adalah untuk memaklumkan kepada peserta tentang servis dan perkhidmatan yang ada di pusat internet termasuklah kemudahan fotokopi dan mencetak.

Peserta digalakkan untuk menjadi ahli pusat internet dengan sekali bayaran sahaja untuk seumur hidup iaitu RM 5.00. Semasa pembentangan, pelatih menyatakan bahawa banyak manfaat yang boleh didapati sekiranya peserta menjadi ahli pusat internet seperti menyertai kursus yang diadakan secara percuma dan menggunakan servis dan perkhidmatan yang ada di pusat internet dengan harga yang lebih murah. Kesimpulannya, peserta yang terlibat menjadi ahli pusat internet untuk tawaran dan servis yang baik dari pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali