Pertandingan ICT Challenge Kategori Remaja

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai program Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Lambir yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambir sendiri dari 8 pagi sehingga 5 petang. Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Lambir manakala Pertandingan ICT Challenge Kategori Remaja ini telah disertai oleh peserta yang berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Dalam pertandingan ICT Challenge ini, peserta dikehendaki untuk mengikuti kesemua aktiviti yang diadakan untuk mengumpul markah paling banyak. Antara aktiviti ICT Challenge ialah Word Search, Speed Typing dan juga Kuiz Kahoot! Etika Penggunaan Pusat Internet. Peserta yang mempunya markah terkumpul yang paling banyak dinobatkan sebagai juara.

Dalam aktiviti Word Search, peserta dapat menguji tahap ketangkasan mereka untuk mencari perkataan yang tersembunyi. Manakala untuk Speed Typing, peserta dapat menguji tahap ketangkasan mereka menaip dan menggunakan komputer untuk tujuan penghasilan kerja dan sebagainya. Seterusnya dalam kuiz Kahoot! Etika Penggunaan Pusat Internet, peserta diuji dengan soalan umum tentang asas penggunaan pusat internet untuk tujuan penggunaan bersama. Kesimpulannya, peserta remaja bersemangat untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dan berlumba-lumba untuk mendapat tempat pertama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali