Google Quick Draw

19 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 18 Jun 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan Satu latihan ICT yang bernama Google Quick Draw bertempat di Pusat Internet RPR Permyjaya sendiri. Latihan ini disertai oleh seorang peserta yang bernama adik Syafikah. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap imaginasi dan kecekapan melukis seseorang itu.

Peserta hendaklah melukis atas permintaan Google dan hany diberikan beberapa saat sahaja untuk mengolah lukisan sambal Google meneka lukisan tersebut. Kesimpulannya, melalui latihan ini peserta mampu bertindak dan berfikir dengan pantas semasa melakukan Quick Draw dan sekali gus boleh membantu mereka berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam keadaan yang rumit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali