Google Quick Draw

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu aktiviti Google Quick Draw bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Aktiviti ini telah disertai oleh 12 orang peserta berumur dalam lingkungan 8 sehingga 12 tahun.

Tujuan aktiviti Google Quick Draw ini dilakukan adalah untuk mendidik peserta untuk melukis apa yang Google mahukan dengan mengikut kreativiti masing-masing. Mereka diberikan masa yang terhad untuk melukis sesuatu benda yang Google minta. Di samping itu, mereka juga berkesempatan untuk belajar beberapa perkataan English seperti hurricane, garden hose, sun dan sebagainya. Di akhir aktiviti ini, pelatih meminta semua peserta mengingati semula perkataan – perkataan English yang mereka pelajari semasa melukis.

Antara kebaikan yang diperoleh dari aktiviti ini ialah peserta tahu tentang perkataan English yang mereka jumpa di Google Quick Draw dan tahu melukis dan menjadi kreatif apa yang Google QuIck Draw mahukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali