Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu ceramah dan demonstrasi kebakaran telah diadakan dengan kolaborasi bersama Balai Bomba dan Penyelamat Miri.

Tujuan ceramah dan demonstrasi kebakaran diadakan adalah untuk memberi latihan dan langkah - langkah menghadapi situasi kebakaran dan kecemasan. Kesemua peserta yang hadir tahu bahawa kebakaran akan terjadi sekiranya terdapat tiga elemen (Fire Triangle) iaitu oksigen, bahan dan haba. Selepas selesai ceramah, semua peserta terlibat mengikuti demonstrasi yang telah diadakan di perkarangan Pusat Internet Kampung Luak untuk tujuan cara penggunaan pemadam api yang betul.

Antara kebaikan yang diperoleh melalui ceramah dan demonstrasi kebakaran ini ialah ia dapat menambah pengetahuan warga Pusat Internet dan komuniti setempat akan langkah mencegah kebakaran serta cara mengawal kebakaran daripada merebak. Selain itu, melalui kolaborasi ini dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti dan staf Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali