KDB (Mobile e-waste)

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu mengenai Mobile e-waste yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 13 tahun.

Tujuan tayangan video ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya melupuskan peranti mudah alih yang telah rosak secara sempurna apabila tidak dapat digunakan lagi. Pelupusan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet, walkie talkie dan sebagainya perlu dilupuskan mengikut proses kitar semula yang betul kerana bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi.

Peserta harus bijak menjalankan tanggungjawab mereka supaya peranti mudah alih dapat diproses dan dipulihkan semula menjadi peranti mudah alih yang baharu. Antara kebaikan yang peserta perolehi dari tayangan video ini ialah peserta peka dengan tanggungjawab mereka untuk memulihara alam semulajadi dan pada masa yang sama dapat menggalakkan urban mining dan mengelakkan pencemaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali