Ceramah dan tayangan video Klik Dengan Bijak – Buli Siber, Ketagihan Internet dan Cybergrooming

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu ceramah dan tayangan video Klik dengan Bijak telah diadakan dan diberikan kepada peserta.

Antara tayangan video Klik dengan Bijak yang telah ditayangkan adalah buli siber, ketagihan internet dan juga cyber grooming. Tayangan video Klik dengan Bijak adalah bertujuan untuk mengingatkan peserta supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika berada di atas talian. Jangan mudah tertipu dengan apa yang anda mereka lihat di internet dan jadilah pengguna yang bijak.

Elakkan diri dari menjadi mangsa buli siber dan cyber grooming dan jangan terlalu taksub menggunakan internet untuk tujuan yang tidak elok. Antara kebaikan yang diperoleh melalu tayangan video tersebut adalah ia dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang bahaya nya pembuli siber. Selain itu, peserta dapat membudayakan penggunaan internet secara positif dalam diri sendiri dan orang terdekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali