Creating Table And Adjusting Margin

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu latihan iaitu Creating Table and adjusting margin menggunakan Microsoft Excel bertempat di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya. Latihan ini telah disertai oleh seorang peserta wanita berusia dalam lingkungan 45 – 55 tahun dari jam 2:00 sehingga 4:00 petang.

Latihan ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan membuat satu jadual untuk merekod wang masuk dan keluar untuk perniagaan beliau. Peserta diajar menggunakan Microsoft Excel dan dibantu oleh pelatih mengikut langkah-langkah yang perlu. Melalui latihan ini, peserta yang juga merupakan usahawan kepada perniagaan menjadi lebih mudah untuk memeriksa hasil jualan dan perjalanan bisnes agen nya dengan adanya rekod yang beliau hasilkan. Kesimpulannya, peserta berjaya menghasilkan jadual rekod hasil jualan dana agen dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk perniagaan beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali