Pertandingan Augmented Reality

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu pertandingan Augmented Reality telah diadakan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Augmented Reaity atau Realiti Tertambah merupakan sejenis kesan visual yang dihasilkan komputer. Hasil janaan komputer tersebut ditambah pula dengan pemandangan dunia sebenar menjadikan ianya Augmented Reality. Peserta dapat melihat objek lain melalui paparan skrin telefon bimbit melalu satu aplikasi yang dinamakan Quiver. Augmented Reality nampak nyata namun ia memerlukan bantuan seperti telefon bimbit atau tablet kerana ia tidak dapat dilihat secara langsung. Antara kebaikan yang diperoleh melalui pertandingan Augmented Reality ini ialah peserta menjadi lebih kreatif menghasilkan kerja mereka dan menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali