Kelas Pengenalan Augmented Reality

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Januari 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas iaitu Pengenalan kepada Augmented Reality kepada peserta yang terlibat. Dalam program ini, ia nya telah disertai oleh 10 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 9 – 15 tahun di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada teknologi baharu iaitu Augmented Reality ataupun Realiti Tertambah di mana sejenis kesan visual yang dihasilkan komputer dan seterusnya ditambah dengan pemandangan dunia sebenar menjadikan hasil visual komputer tersebut menjadi nyata. Kanak-kanak dapat melihat objek lain melalui paparan skrin telefon mudah alih yang mempunyai aplikasi Quiver.

Teknologi Augmented Reality tidak dapat dilihat secara langsung. Ia memerlukan bantuan seperti kamera, telefon mudah alih, komputer dan kacamata khusus. Kanak-kanak yang terlibat dapat mempelajari satu teknologi baru di samping menjadi lebih kreatif dengan hasil kerja mereka untuk mewarna. Kesmpulannya, kanak-kanak dapat menimba satu ilmu baharu yang dapat mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali