Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Cyber Grooming

3 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 November 2018, satu tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu Cyber Grooming atau Grooming Siber telah ditayangkan kepada kanak-kanak yang mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini telah disertai seramai 13 orang kanak-kanak dalam lingkungan 8-15 tahun yang diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. 

Tayangan video Klik Dengan Bijak khususnya Grooming Siber bertujuan untuk menyampaikan mesej penting kepada kanak-kanak bahawa Grooming Siber merupakan satu proses yang digunakan oleh pemangsa  kepada kanak-kanak dengan cara berkawan di atas talian. Melalui tayangan video ini, ia dapat meningkatkan kesedaran tentang bahayanya fenomena Grooming Siber dan siapa sebenarnya rakan siber kita di sebalik komputer.

Kanak-kanak dinasihati dan diingatkan supaya menjadi pengguna internet yang bijak. Mereka harus tahu dengan siapa mereka berinteraksi di internet dan sentiasa berhati-hati ketika berkongsi maklumat di atas talian. Sekiranya mereka mengesan apa sahaja benda yang mencurigakan, mereka harus memberitahu dan melaporkan kepada ibu bapa ataupun guru dengan segera.

Kesimpulannya, tayangan video Grooming Siber ini dapat membantu meningkatkan kesedaran yang tinggi terhadap kanak-kanak. Segala apa yang mereka lakukan di atas talian amat berbahaya jika tidak dipantau dan disalah gunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali