Tayangan video & Word Search Kemerdekaan

26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 25 Ogos 2018, PI RPR Permyjaya telah mengadakan satu lagi aktiviti kemerdekaan iaitu tayangan video dan word search kemerdekaan. Tayangan video yang bertajuk Lagenda 5 sekawan memaparkan banyak pengajaran dan panduan dalam mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Selesai menonton video, para peserta diberi kuiz ringkas iaitu menyatakan lima (5) pengajaran yang diperoleh daripada video tersebut.

Peserta bersemangat memberi senarai pengajaran yang terdapat didalam video tersebut. Ternyata video itu memberi impak positif kepada mereka. Selepas itu, para peserta menjawab word search kemerdekaan. Hadiah diberikan kepada peserta yang terpantas menjawab word search.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali