Be Internet Awesome – Tower Of Treasure

08 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 07 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Permyjaya pertama kalinya telah mengadakan satu permainan ICT bernama Be Internet Awesome yang diinspirasikan oleh Google. Terdapat empat (4) kategori yang terdapat didalam permainan ini. Kategori yang dipilih ialah Tower of Treasure. Tujuan permainan ini diadakan untuk mendidik dan mendedahkan kanak-kanak tentang keselamatan internet yang mereka guna pada setiap hari.

Tower Of Treasure bermaksud memilih kata laluan yang sesuai untuk diletakkan di sosial media atau emel atau apa-apa sahaja akaun yang memerlukan emel dan kata laluan. Peserta disuruh memilih kata laluan yang paling unik dan susah untuk diduga untuk memastikan akaun mereka selamat daripada digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali