Ceramah Keselamatan Siber SMK Lutong

23 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2018 yang lalu, Pusat Internet RPR Permyjaya dengan kerjasama Pusat Internet Peliau Bungai mengadakan ceramah keselamatan Siber yang bertempat di SMK Lutong, Miri. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif MCMC untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul dikalangan para pelajar.

Selain itu, dapat mengurangkan kes-kes jenayah siber yang berleluasa pada zaman kini. Seramai 329 orang pelajar menyertai ceramah tersebut yang diadakan selama 1 jam. Para pelajar juga diberi peluang untuk menjawab soalan dan menyuarakan pendapat tentang keselamatan internet walau dimana mereka berada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali