Kuiz Kahoot Kemerdekaan

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 Ogos 2018, bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan aktiviti ICT Kuiz Kahoot Kemerdekaan yang disertai oleh ahli-ahli pusat internet yang berumur di dalam linkungan 9 – 15 tahun. Aktiviti ini diadakan untuk memupuk semangat cintakan negara dan semangat patriotism di kalangan ahli-ahli pusat internet di samping menambah kemahiran ICT dan juga pembelajaran multimedia dengan menggunakan kemudahan yang ada di pusat internet.

Kuiz kahoot merupakan salah satu bentuk kuiz ICT dan para peserta dikehendaki menggunakan komputer dan aplikasi Kahoot untuk melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang menarik minat golongan remaja yang sukakan permainan ICT tetapi secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan mengenai sejarah Malaysia dan kemerdekaan negara. Selain itu, taklimat dan perkongsian Klik Dengan Bijak dan advokasi turut diselitkan semasa aktiviti itu berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali