Kuiz Kahoot ICT & Microsoft Word

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15-16 Disember 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kuiz Kahoot ICT dan Microsoft Word di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Kuiz ini telah disertai seramai sembilan orang penduduk setempat berumur dalam lingkungan 13 hingga 45 tahun.

Tujuan kuiz ini dilakukan adalah untuk menguji daya ingatan para peserta tentang modul yang telah mereka pelajari. Kuiz ini mengandungi komponen-komponen asas komputer dan juga Microsoft Word. Kesemua peserta yang terlibat sangat berdaya saing dan terhibur dengan penggunaan aplikasi Kahoot yang mudah dan mesra pengguna. Para peserta juga menjadi lebih mudah untuk mengingati modul yang mereka telah pelajari kerana grafik Kahoot amat menarik dan berwarna warni.

Kesimpulannya, para peserta lebih mengenali komponen-komponen yang terdapat pada komputer dan dapat menggunakan ilmu yang mereka pelajari dari modul untuk mencari komputer riba yang lebih bagus untuk tujuan belajar atau bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali