Tayangan Video Penipuan Internet & Check Your Label

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15-16 Disember 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video penipuan internet dan advokasi Check Your Label bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Kursus ini telah disertai seramai sembilan orang penduduk setempat berumur dalam lingkungan 13 hingga 45 tahun.

Tayangan video penipuan internet menyampaikan mesej supaya kita sebagai pengguna internet lebih berhati-hati ketika berada di atas talian. Peserta dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang mesej yang dihantar oleh pihak yang mencurigakan. Peserta juga diingatkan untuk tidak berkongsi apa-apa maklumat peribadi mereka dengan luas di media sosial untuk keselamatan mereka kerana kes penipuan internet semakin menjadi-jadi sekarang.

Kemudian, peserta diterangkan mengenai advokasi Check Your Label yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah bagi tujuan keselamatan ketika diguna. Peserta diajar cara untuk menyemak kesahihan label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah Check Your Label yang boleh dimuat turun di Play Store dan App Store atau pun dengan menyemak tetapan/setting peralatan komunikasi mereka.

Kesimpulannya, melalui tayangan video penipuan internet dan advokasi Check Your Label, peserta dapat belajar tentang bahaya sekira nya maklumat peribadi kita diketahui pihak yang tidak bertanggungjawab. Peserta juga menjadi peka tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah dan seterusnya menjadi pengguna internet yang bijak di atas talian dan luar talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali