Sesi Pemantauan Malaysian ICT Volunteer (MIV) oleh MCMC HQ

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 November 2018, satu sesi pemantauan Malaysian ICT Volunteer (MIV) oleh MCMC HQ telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Permyjaya. Sesi pemantauan ini dilakukan oleh 3 orang wakil MCMC memantau 4 orang wakil MIV. Semasa sesi pemantauan, pihak MIV turut melakukan satu aktiviti yang ringkas dan menarik kepada kanak-kanak kawasan Permyjaya. Sepanjang aktiviti berlangsung, kanak-kanak gembira dan seronok dengan aktiviti Google Quick Draw.

Turut diselitkan aktiviti Chicken Dance supaya kanak-kanak berasa lebih segar dan semangat. Di akhir aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru di samping menaikkan logik akal dan menjadi lebih kreatif dengan hasil kerja mereka. Selain itu, kanak-kanak dapat membina semangat berpasukan yang baik di antara diri masing-masing. Pihak MIV juga mendapat arahan dan cara yang jelas untuk menyiapkan laporan akhir mereka sebelum dihantar ke portal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali