Mesyuarat Kluster Menarik Di Miri dan Subis

08 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 07 Oktober 2018, Kluster Menarik Di Miri dan Subis telah mengadakan mesyuarat Kluster yang bertempat di Pusat Internet Kg. Lambir. Mesyuarat ini mewajibkan Pusat Internet bahagian Miri iaitu Kg. Lambir sendiri, Kg. Luak, RPR Permyjaya, Bekenu, Sibuti, Niah Suai dan Peliau Bungai untuk menghadiri mesyuarat ini.

Antara agenda mesyuarat ialah penubuhan organisasi baru. Kali ini memerlukan setiap kru untuk ‘turun padang’ menjalani penggambaran untuk sesebuah video yang akan dihasilkan kelak. Selain itu, perancangan pada tahun 2019 telah dibincangkan dan telah ditetapkan kepada setiap kumpulan yang terdiri daripada direktor, jurugambar, runner dan props.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali