Kursus Microsoft Excel Dan Microsoft Powerpoint

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15-16 Disember 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus Microsoft Excel dan Powerpoint bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Kursus ini telah disertai seramai sembilan orang penduduk setempat berumur dalam lingkungan 13 hingga 45 tahun.

Kursus ini dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Excel dimana penggunaan Microsoft Excel selalunya bertujuan untuk mencipta carta dan graf, menyusun data, perancangan data pendapatan dan perbelanjaan. Seterusnya, peserta diajar mengenali row, column dan cell dalam Excel. Mereka turut diajar cara untuk mengira data iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan formula box yang disediakan. Peserta kemudiannya diberi satu aktiviti untuk menghasilkan satu sheet Excel yang mengandungi jumlah pendapatan dan perbelanjaan bulanan mereka supaya mereka dapat mengaplikasi penggunaan Microsoft Excel dalam kehidupan seharian.

Kemudian, peserta belajar mengenai Microsof Powerpoint dimana penggunaan Microsoft Powerpoint selalunya bertujuan untuk pembentangan kerja. Peserta diajar cara untuk menghasilkan slides, menghias slides serta memasukkan effect transitions dan animations ke dalam slide yang dihasilkan. Di akhir sesi kursus ini, peserta dikehendaki untuk menghasilkan satu slide “Tentang Saya” dengan menggunakan segala ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang kursus ini berlangsung.

Kesimpulannya, kursus ini dapat memberi pendedahan asas kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint dalam penghasilan kerja yang lebih efisien, kemas dan sistematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali