Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Wilayah Sarawak 2018

3 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 01 – 03 November 2018, satu kursus Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Wilayah Sarawak 2018 telah diadakan di Pullman Hotel, Miri dari jam 8:00 pagi hingga 9:30 malam. Program ini disertai oleh semua ketua dan penolong kluster Sarawak. Untuk kluster bahagian Miri, program ini telah disertai oleh Encik Kellvin, Ketua Kluster Miri dari Pusat Internet Kampung Lambir dan juga Penolong Kluster, Puan Zurfarahida dari Pusat Internet RPR Permyjaya. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan inisiatif MCMC kepada semua Ketua dan Penolong Kluster. Antara perkara yang dibincangkan semasa program ini termasuklah mesyuarat kluster Menarik, Pengenalan Train the Trainer (TTT), modul-modul Klik Dengan Bijak, Team Building dan taklimat KDB MYCYBERGENius. Sepanjang tempoh program dijalankan, Tuan Hj. Roslan bin Mohamad, Ketua Wilayah MCMC Cawangan Sarawak turut hadir untuk memberi sokongan. Secara kesimpulannya, program ini membawa banyak kebaikan kerana pihak yang terlibat dapat berkongsi informasi baru bersama dengan komuniti berdasakan isu semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali