Klik Dengan Bijak (KDB) Word Search

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 November 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir telah menyertai satu program anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Miri bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Program ini disertai oleh komuniti Miri dan sekitarnya dan berjaya menarik ramai pengunjung untuk datang dan memeriahkan program.

Semasa program dijalankan, staf Pusat Internet telah mengadakan satu aktiviti iaitu Klik Dengan Bijak Word Search dimana ia nya bertujuan untuk menguji kepantasan peserta untuk mencari perkataan tersembunyi yang terdapat di dalam kertas. Aktiviti ini merupakan satu inisiatif Pusat Internet untuk meningkatkan kesedaran bahawa pentingnya penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Selaras dengan itu, aktiviti ini mengingatkan peserta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber seperti siber buli.

Antara kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti tersebut ialah para peserta terutamanya pihak belia memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet. Para peserta juga diingatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan media sosial dan internet untuk kebaikan diri.

Pendek kata, program ini dapat mempromosikan Pusat Internet dan mendekatkan komuniti kepada fungsi – fungsi Pusat Internet yang menyediakan servis seperi fotokopi dan mencetak dan menawarkan kursus seperti Kursus Asas Komputer, Kursus Asas Google Drive, Kursus Keusahawan dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali