Kursus Pengenalan Portal Produk Sarawak

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 Ogos 2018, Kursus Pengenalan Portal Produk Sarawak telah diadakan di Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli AIM Permyjaya telah menghadiri kursus tersebut. Kursus ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan portal terbaru hasil inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak (MiTec). Portal ini diwujudkan untuk membantu para usahawan kecil tempatan untuk memasarkan produk mereka sendiri.

Para peserta juga didedahkan mengenai kebaikan portal serta dibimbing untuk mendaftar sebagai vendor di dalam portal tersebut. Peserta juga didedahkan secara tak langsung dengan ICT dan juga pembelajaran multimedia seperti penghasilan poster dengan menggunakan aplikasi Canva. Kursus ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang kerana mendapat sambutan yang baik di kalangan ahli AIM dan juga usahawan-usahawan sekitar Miri. Selain itu, taklimat dan perkongsian Klik Dengan Bijak dan pencarian MIV turut diselitkan semasa aktiviti itu berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali